Saturday, March 28, 2015

APA ITU EDIBLE IMAGE

APA ITU EDIBLE IMAGE

Untuk maklumat lanjut tempahan edible image & Edible Image printer sila layari http://cantikedibleimage.blogspot.com/

"Edible image ni kalau nak faham mudah saja. Ia sehelai kertas nipis yang diperbuat daripada tepung kemudian dicetak mengikut gambar-gambar yang kita mahukan daripada dakwat gula cair yang boleh dimakan.

Untuk pengetahuan semua, kertas ni tahan lama tau , maksud Kak Jeni, kalau kertas yang belum dicetak, ia tahan selama setahun, manakala kertas yang telah dicetak tahan selama dakwatnya tidak pudar.

Cara penyimpanannya, ia tidaklah perlu disimpan di dalam peti sejuk atau peti almari, sekadar simpan di dalam plastik tertutup rapat dan disimpan di dalam kotak tertutup. Sebaiknya kertas yang telah bercetak janganlah didedahkan pada cahaya matahari kerana boleh mempercepatkan gambar menjadi pudar .

Dari segi rasa, edible image ni bak kata orang , tidak ler sedap sangat cuma menariknya, kita boleh memilih apa saja gambar yang kita mahu cetak dan hias di atas kek. Contohnya, kita nak sambut Hari Jadi emak kita, hahh, pilih gambar terbaik atau gambar mak kita yang teranggun, kita cetak dan kita hias pada kek. Sudah pasti, emak kita akan tersenyum sambil ke telinga (maklumlah zaman mak kita mana ada teknologi macam tu kan).

Jadi pendek kata, edible image boleh mempelbagaikan seni hiasan kek kita. Kalau dulu teruk kita nak melukis satu persatu imej-imej yang kita gemari, kali ni sudah tak payah kerana edible image akan menjadikan lukisan kita lebih hidup dan realistik."

Dipetik dari http://malaysiagazette.com/…/mari-bermain-dengan-imej-edible



No comments:

Post a Comment